Berita Pesatuan

Berita Luaran

PENGENALAN

Salam Maal Hijrah 1432, Selamat Tahun Baru 2011


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Syukur diucapkan kepada semua warga FITM yang telah berjaya melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan pada tahun 2010 dengan cemerlangnya dan dengan azam yang baru diharap tradisi ini dapat diteruskan dengan jayanya buat tahun 2011. Selaku Ketua Unit Penerbitan FITM saya mengucapkan jutaan terima kasih pada semua ahli jawatankuasa penerbitan bagi tahun 2011 kerana memberikan kerjasama yang baik dan maka terhasilah risalah bulletin bagi edisi pertama 2011 ini. Sebagai makluman warga FITM Unit Penerbitan ini merupakan salah satu bahagian unit dibawah seliaan Sumber dan Pembagunan FITM yang selaras dengan unit-unit lain seperti  Unit Penyelidikan dan Kaunseling, Unit Latihan dan Persijilan, Unit Pemasaran FITM, Unit Kecerian FITM dan lain-lain lagi. Antara matlamat unit penerbitan adalah mengumpulkan dan  berkongsi maklumat-maklumat tentang perkembangan semasa daripada pihak pengurusan fakulti dan segala aktiviti-aktiviti yang dijalankan di FITM samada yang dilaksanakan oleh kakitangan fakulti ataupun para pelajar fakulti. Harapan dengan adanya penerbitan seperti ini dapat menarik lebih ramai pelajar dan disamping memperkenalkan FITM dengan lebih meluas dimana bahan yang diterbitkan ini juga akan disalurkan ke Bahagian Pengurusan Koprat dan Pemasaran Universiti.

Sekian Dari Unit Penerbitan FITM
Rizal
rizal-it@unisel.edu.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Sweet Tomatoes Printable Coupons