|
Hospital Teluk Intan, Perak |
24 April 2011, beberapa orang pelajar daripada Fakulti Industri Teknologi Maklumat-Unisel telah mengalami kemalangan ketika pulang daripada lawatan ke Cameron Highland, waktu kemalangan berlaku di antara pukul 6.00-7.00 petang semalam. Menurut rakan yang terselamat mereka telah dibawa ke hospital Tapah, Perak terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke Hospital Besar Teluk Intan , Perak. Kejadian berlaku apabila kenderaan yang dipandu cuba mengelak sebuah kenderaan yang datang dari arah yang bertentangan ketika menuruni laluan bukit. Kenderaan yang dipandu dinaiki oleh 4 orang pelajar yang kebanyakan daripada pelajar-pelajar semester ke-3. Dua orang pelajar telah mengalami kecederaan yang agak parah iaitu seorang pelajar yang bernama Ameerul Iqbal, jurusan Diploma IT (Aplikasi Perniagaan) telah mengalami patah dipangkal paha pingang, dan seorang lagi Rousil Nurazrin daripada Diploma IT telah mengalami kecederaan di leher dan yang lain-lain hanya mengalami cedera ringan. Kedua Ibu-bapa mereka dan penasihat akademik telah pun dihubungi dan dimaklumkan. Sebarang perkembangan lanjut boleh menghubungi rakan mereka Hilman; 017-9616273
0 comments:
Catat Ulasan